MENU

Pada 29hb. November 2019, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Taklimat Wasiat, Hibah Dan Faraid Dalam Pengurusan Kewangan Islam di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj.

Taklimat disampaikan oleh Puan Nor Azlina binti Marthan Shah dari Wasiyyah Shoppe. Seramai 103 orang kakitangan daripada pelbagai peringkat dan jabatan telah menghadiri taklimat ini.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk berkongsi mengenai perkara – perkara asas dalam pusaka islam merangkumi perancangan, penyediaan dokumen dan pengurusan hibah, wasiat, harta sepencarian dan amanah dalam pembahagian pusaka orang islam.

Semoga dengan adanya taklimat ini dapat mendidik umat islam dan menyuburkan semula ilmu faraid dan fiqh mawarith serta mendapat keberkatan dari Allah SWT.

faraid