MENU

SOALAN 10

Apakah tanggungjawab saya sebagai Pembayar Cukai ?

Adalah penting bagi pembayar cukai membayar cukai taksiran sebelum tarikh akhir pembayaran. Pembayar Cukai Taksiran bertanggungjawab:

  • Menyemak di pejabat MPKj sama ada hartanah anda sudah dikenakan cukai taksiran;
  • Membayar cukai taksiran sebelum tarikh akhir pembayaran;
  • Memaklumkan MPKj jika terdapat pertukaran alamat pos;
  • Membekalkan alamat peti surat pos, jika ada
  • Memaklumkan MPKj jika terdapat pertukaran hakmilik melalui Borang I, dengan bayaran proses sebanyak RM50.00 berserta salinan memorandum pindah milik atau dokumen hakmilik terakhir atau perjanjian jualbeli
  • Menyemak status tunggakan di pejabat MPKj dan menjelaskan sebarang tunggakan cukai taksiran kepada MPKj sebelum pertukaran hakmilik berlaku.
  • Memaklumkan MPKj secara bertulis jika bagunan diubahsuai atau dirobohkan.
  • Memaklumkan MPKj secara bertulis jika ingin memohon pengurangan cukai taksiran atas sebab bangunan anda tidak diduduki.
  • Memberi kerjasama kepada kakitangan-kakitangan MPKj apabila pegangan diperiksa untuk tujuan cukai taksiran;
  • Memaklumkan MPKj secara bertulis jika telah mendirikan bangunan tanpa pelan bangunan (Bangunan tiada kelulusan).
  • Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantar oleh MPKj;
  • Semak dan bayar bil cukai taksiran melalui perkhidmatan e-Taksiran di pautan https://ebayar.mpkj.gov.my/ebayar. Bagi cetakan bil dan penyata, klik pautan di atas untuk membuat pendaftaran pengguna web MPKj.

 

SOALAN 11

Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian Semula Cukai Taksiran ?

  • Penilaian Semula Cukai Taksiran merupakan proses penyediaan Senarai Nilaian Baharu bagi mengantikan Senarai Nilaian sedia ada. Hartanah dinilai semula dengan mengambil kira Aras Nilai pada tahun nilaian yang dibuat.

 

SOALAN 12

Mengapa Majlis Perbandaran Kajang perlu melaksanakan Penilaian Semula Cukai Taksiran ?

  • Penilaian Semula Cukai Taksiran perlu dilaksanakan untuk mengimbangi kos perbelanjaan pengurusan dan perkhidmatan seiring dengan hasil cukai taksiran. Pada masa kini, cukai taksiran adalah berdasarkan Aras Nilaian tahun 1985 akan tetapi kos perlu ditanggung pihak MPKj adalah terkini.