MENU

SOALAN 16

Rumah saya tidak diduduki dan sepatutnya dikecualikan Cukai Taksiran oleh MPKj?

Seksyen 134 Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah memperuntukkan bahawa Cukai Taksiran hanya boleh dikecualikan apabila sesuatu pegangan atau mana-mana bahagiannya digunakan semata – mata:

  • Sebagai tempat awam untuk sembahyang;
  • Sebagai tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen;
  • Bagi sekolah awam;
  • Sebagai tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains, sastera atau seni halus.

 

SOALAN 17

Bilakah Cukai Taksiran Baharu mula berkuat kuasa.

  • Cukai Taksiran Baru akan berkuat kuasa mengikut ketentuan Pihak Berkuasa Negeri Selangor.

 

SOALAN 18

Bagaimanakah perumpamaan mudah untuk saya memahami berapakah sumbangan Cukai Taksiran saya menyumbang kepada perbelanjaan perkhidmatan perbandaran MPKj?

  • Cukai Taksiran yang dikenakan adalah untuk setahun. Tuan /puan boleh membahagikan kepada jumlah hari dalam setahun sebagai contoh. Cukai Taksiran RM200.00 setahun dibahagi 365 hari bersamaan RM 0.55 sehari menyumbang kepada perkhidmatan perbandaran.

 

SOALAN 19

Jika anda tidak mampu, bagaimana untuk menjelaskan cukai taksiran?

  • MPKj boleh menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansuran maksimum 12 kali. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datanng sendiri ke pejabat MPKj, Bahagian Hasil untuk membincangkan perkara itu dengan pengawai-pegawai
    yang berkenaan. Pihak MPKj juga bersedia untuk meyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai Cukai Taksiran. Sebarang masalah boleh dikemukakan di Pejabat MPKj.