Pada 31 Disember 2016, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Tourism Selangor (TSSB) dan Dusun Tua Cycling Team (DTCT) telah mengadakan acara berbasikal King Of Mountain 2016 (KOM PERAS 2016). Acara yg julungkali diadakan di daerah Hulu Langat telah menarik minat peminat berbasikal dari dalam dan luar negara untuk menyertai KOM 2016.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh En Kamaruzaman Bin Salimin, Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKj selaku wakil Yang DiPertua MPKj. Tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk mempromosi Hulu Langat sebagai destinasi pelancongan dan juga sukan berbasikal (Sport Tourism)
King Of Mountain merupakan perlumbaan berbasikal khusus mendaki bukit dimana penamat bagi acara ini di puncak Genting Peras berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan. Jarak kayuhan sejauh 34km bermula dari BATU 18 menuju ke Sg. Tekali dan berakhir di puncak Genting Peras. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Polis Trafik dari Ibu Pejabat Polis Kajang, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pejabat Kesihatan Daerah Kajang dan syarikat-syarikat korporat.
PECAHAN PESERTA KING OF MOUNTAIN PERAS 2016 MENGIKUT KATEGORI
KATEGORI | UMUR | BIL PESERTA |
MTB - MEN JUNIOR | 14 - 18 | 30 |
MTB - MEN OPEN | 19 - 35 | 80 |
MTB - MEN JUNIOR MASTER | 36 - 45 | 70 |
MTB - MEN SENIOR MASTER | 46 DAN KEATAS | 40 |
MTB - WOMEN OPEN | TERBUKA | 30 |
MTB - HEAVEYWEIGHT | TERBUKA | 23 |
ROAD BIKE - MEN OPEN | 18 - 35 | 50 |
ROAD BIKE - MEN JUNIOR MASTER | 36 - 45 | 75 |
ROAD BIKE - MEN SENIOR MASTER | 46 DAN KEATAS | 50 |
JUMLAH | 448 |
PERSERTA DARI LUAR NEGARA
IAN JOHNSTON | 518337641 | 2/18/1988 | Male | IMJ RACING | United Kingdom |
SIMON JOHN MICHAEL COOK | 761290864 | 3/2/1979 | Male | INDIVIDU | United Kingdom |
YO KIMOTO | TK8780248 | 11/10/1980 | Male | TEAM JAPAN BOLEH | Japan |
TAKAHASHI MASANORI | TZ0641089 | 6/30/1968 | Male | INDIVIDU | Japan |