MENU

PERINTAH TETAP (MESYUARAT) MPKj 2007
Perintah ini digubal untuk memastikan perjalanan mesyuarat Majlis sama ada mesyuarat biasa atau khas supaya sentiasa dalam keadan terkawal dan berjalan lancar mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

PERINTAH PENGANGKUTAN JALAN (PERUNTUKAN TEMPAT LETAK KERETA) MPKj 2007
Perintah ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan peruntukan mengenai tempat letak kereta dalam kawasan Majlis. Ia bertujuan untuk mengawal aliran lalulintas dan mendidik pengguna supaya meletak kereta di petak tempat letak kereta yang disediakan disamping memastikan pengguna membayar caj yang dikenakan.Ia juga Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah perintah ini.