Perkhidmatan Bas SMART Selangor bermatlamat untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan bandar yang padat dengan penduduk. Disamping itu, perkhidmatan ini juga bertujuan bagi menggalakkan serta mendidik orang awam menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian. Perkhidmatan bas ini juga sebagai usaha kerajaan negeri bagi mengurangkan beban sara hidup rakyat negeri Selangor.
Manakala bagi Aplikasi i-Kajang, ia bagi menggalakkan orang ramai membuat aduan menggunakan aplikasi melalui telefon pintar tentang sebarang masalah berkaitan infrastruktur, kebersihan dan sebagainya. Selain itu, aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan MPKj dengan efisien dan cekap.
Bagi perkhidmatan Bas SMART Selangor MPKj, laluan pergi sebanyak 15 hentian (9.4KM) dan balik sebanyak 19 hentian (10.8KM) dengan jumlah 34 hentian (20.2 KM) pergi-balik. Jangkaan masa bagi laluan pergi selama 28 minit dan laluan balik selama 40 minit serta jumlah kesuluruhan adalah selama 68 minit. Frekuensi perjalanan dianggarkan selama 15 ke 20 minit dengan empat buah bas beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Laluan ini merangkumi kawasan perumahan kos rendah, pejabat jabatan-jabatan kerajaan, ada kemudahan hospital, stesen MRT, terminal bas dan teksi, sekolah, kolej, dan kawasan yang belum ada perkhidmatan bas yang disediakan oleh pihak swasta.
Bas SMART Selangor MPKj dengan satu laluan dan sebanyak 4 buah bas diperuntukkan serta satu bas stand by (kecemasan). Kos operasi ini adalah berjumlah RM1,241,472.00 termasuk 6% GST selama setahun. “Business Model” yang diberikan untuk bas 12 meter adalah RM800.00 sehari untuk sebuah bas. Perkhidmatan ini berjaya direalisasikan dengan peruntukan dari Kerajaan Negeri Selangor kepada MPKj.