MENU

Fiesta Wanita & Keluarga Kajang 2016 disambut meriah yang diadakan pada 5 Mac 2016 (Sabtu) di Kompleks Metropoint Kajang. Program ini adalah anjuran Pusat Khidmat Rakyat Dun Kajang dan Exco Hal Ehwal Wanita & Keluarga Negeri Selangor dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan Majlis Perbandaran Kajang. Fiesta Wanita & Keluarga Kajang 2016 dianjurkan bagi meraikan orang ramai khususnya  wanita sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2016.

Pelbagai pertandingan membabitkan kanak-kanak, wanita dan keluarga. Enam pertandingan yang diadakan itu adalah Beauty Mama, Dekorasi Kek dan Cupcakes, Mewarna, ‘Tricky Puzzle’, Ukiran Henna Mehndi  dan Karok Family. Turut diadakan Zumba dan Line Dance serta persembahan Tarian Kipas daripada Kumpulan Wonder Stars dan persembahan Tarian Majmuk daripada PDK Kajang (Pelatih Down Sindrom dan Autism). Selain itu, pengisian ilmu pengetahuan kepada usahawan,peniaga dan penjaja  Mikro-Upen  Mara dengan slot Sesi Taklimat Pembangunan dan Motivasi Usahawan daripada Yayasan Hijrah Selangor dan Financial Mastering Programme (FMP) , Taklimat Asas Perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) , Taklimat Merakyatkan Ekonomi Selangor daripada Rantaian Mesra Sdn Bhd dan Taklimat Kempen Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam daripada Syarikat FA Madani Enterprise.

Hadir merasmikan fiesta tersebut, adalah Y.B Elizabeth Wong Keat Ping, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor dan Ahli Dewan Negeri Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir bersama meraikan adalah Ahli Parlimen Hulu Langat, Adun Bangi, Penyelaras Khidmat Masyarakat Dun Semenyih, Tuan Pegawai Daerah Dan Tanah Hulu Langat, Pengurus Besar MKH Berhad serta Ahli-ahli Majlis MPKj.

Sempena Fiesta Wanita & Keluarga Kajang 2016 , Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) mengadakan pemeriksaan kesihatan wanita dan keluarga dan pemeriksaan payudara percuma. Manakala Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) juga membuka kaunter bagi Tabungan Warisan Anak Selangor (TAWAS), Kaunter MES daripada Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB), Kempen Keahlian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Karikaturis Azmi dan Safer Kids (NGO). Adalah diharapkan program sambutan Hari Wanita dapat diteruskan pada tahun hadapan bagi meyemarakkan semangat jatidiri wanita dan keluarga.

pic