MENU

26 Mac 2022, jam 8:00 pagi. Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan bersama – sama Pejabat Kesihatan Daerah, Kdeb Waste Management, Jabatan Landskap dan Rekreasi serta Persatuan Penduduk telah mengadakan gotong – royong perdana di Taman Jenaris, Taman Kantan Permai, Taman Puncak Saujana dan Kajang Perdana. Tujuan program ini diadakan adalah bagi menurunkan bilangan kes denggi dan mencegah pembiakan nyamuk aedes. Program gotong royong perdana ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain, SMS.

Turut hadir adalah Ahli Majlis, Encik Khoo Khim Han bersama – sama wakil penduduk bagi menjayakan lagi program gotong royong perdana ini. Antara aktiviti adalah gotong – royong membersihkan longkang, semak samun dan lorong belakang rumah. JPPK juga turut mengedarkan aerosol kepada penduduk sebagai kempen kesedaran menangani denggi.

Adalah diharapkan program gotong royong ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menurunkan bilangan kes demam denggi serta dapat menghampuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Penduduk juga diharapkan memainkan peranan yang penting dalam menjaga kawasan persekitaran masing – masing agar dalam keadaan bersih, kemas dan sihat.