MENU

Sabtu | 13 Ogos 2022

Alhamdulillah telah berlangsung Karnival Merdeka Dadah Hulu Langat anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan Hulu Langat bertempat di Dewan Komuniti Semenyih. Karnival ini juga mendapat kerjasama daripada Pejabat Ahli Majlis MPKj Zon 20, Skuad Zon 20 dan Team Selangor.

Program juga mendapat kerjasama daripada beberapa agensi seperti Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), KEMAS, KKM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, LPPKN, LHDN, Jabatan Penjara, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Pembagunan Orang Kurang Upaya (OKU),Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hijrah Selangor.

Program bertujuan mendekatkan komuniti sekitar Semenyih bersama agensi-agensi yang terlibat dengan orang awam mengunjungi booth-booth pameran, kaunter perkhidmatan dan kaunter pertanyaan. Program bermula dengan aktiviti senamrobik dan disusuli dengan ceramah kempen kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Dalam masa yang sama, terdapat juga aktiviti sampingan seperti mewarna kanak-kanak, pakaian berhias bertemakan kemerdekaan dan gubahan Bouquet. Para pengunjung kelihatan bergitu terjuga melakukan aktiviti-aktivit yang telah disusun oleh pihak urusetia.

Kehadiran Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Ustaz Hassanudin Yunos memeriahkan lagi karnival hari ini dengan perasmian yang diadakan dan gimik pelancaran bulan kemerdekaan. Beliau juga tidak melepaskan peluang bertanya khabar dan menyantuni pengunjung yang hadir pada program hari ini.

Diharapkan program pada kali ini dapat menjalinkan hubungan baik antara agensi-agensi terlibat dengan komuniti setempat khususnya di Semenyih.