MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Dan Hubungan Interpersonal MPKj pada 9hb. April, 2018.  Kursus diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, Tingkat 6, MPKj. Seramai 119 orang kakitangan MPKj telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan jabatan. Kursus disampaikan oleh Kapten Feisal bin Mohamed Ali dari Kak Jae Resources.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk membentuk sahsiah dan keperibadian, mendalami ilmu keperluan – keperluan asas diri sebagai pentadbir organisasi, memantapkan diri dalam bidang pengurusan dan lain – lain lagi. Antara aktiviti yang diadakan adalah penerangan melalui slide show, dan soal jawab bersama kakitangan. 

Diharap dengan adanya kursus ini, dapat memberi input dan pengetahuan serta mengaplikasikannya di dalam kerja dan kehidupan.

kepimpinan