MENU

Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Anugerah Sekolah Hijau Majlis Perbandaran Kajang 2021 telah diadakan pada 25 November 2021 (Khamis) di Perpustakaan Majlis Perbandaran Kajang. Penilaian ini diadakan adalah bertujuan untuk menilai laporan dan rakaman video yang dihantar oleh sekolah-sekolah dibawah kawasan pentadbiran MPKj. Sebanyak 25 sekolah telah menyertai anugerah sekolah hijau tetapi hanya 10 buah sekolah sahaja yang telah disenarai pendek iaitu 7 buah sekolah daripada kategori sekolah rendah dan 3 buah sekolah daripada sekolah menengah.

Penilaian para juri dilaksanakan berdasarkan 5 kriteria merangkumi aspek-aspek kitar semula, inovasi dan kreativiti, kebersihan, penghijauan serta persembahan laporan dan rakaman video. Hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai, piala dan sijil penghargaan. 7 buah sekolah dalam kategori sekolah rendah yang telah dinilai dan hanya 5 pemenang telah dipilih iaitu SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi (Johan), SK Jalan Enam, Bandar Baru Bangi (Naib Johan), SK Bandar Rinching (Tempat Ketiga), SERI ABIM, Sungai Ramal (Tempat Keempat) dan SK Tun Abdul Aziz (Tempat Kelima). Bagi kategori sekolah menengah pula 3 pemenang telah dipilih iaitu SEMI ABIM, Sungai Ramal (Johan), SMK Convent (M) Kajang (Naib Johan) dan SMK Jalan Bukit (Tempat Ketiga).

Senarai pemenang telah diumumkan di laman sosial Facebook MPKj pada 3 Disember 2021 dan Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan di Menara MPKj pada 21hb Disember 2021.