MENU

Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Program Jati Diri AKRAB Dan Bengkel Penutupan Program Pementoran MPKj 2017 pada 04 - 06hb. Disember, 2017.  Program diadakan di Kem El – Azzhar Morib dan dihadiri seramai 29 orang kakitangan pelbagai kumpulan dan jabatan.  Program disampaikan oleh Encik Khairul Nadzir bin Helmi Nadzir dari Mort Resources dan Encik Rinatho bin Nunchi dari SUK Selangor.

Tujuan program ini diadakan adalah kesinambungan daripada Program Training Of Traines untuk Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), peluang berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam situasi pekerjaan yang sebenar di pejabat serta lapangan, menyediakan laporan keberkesanan bagi program pementoran yang telah dilaksanakan dan membina motivasi diri dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.  

Antara aktiviti yang dijalankan ialah penyediaan laporan keberkesanan program pementoran bagi mentor dan menti, aktiviti berkumpulan, High Rope, Kayak, Eco Challenge dan mengisa.

Adalah menjadi harapan agar program ini dapat dilaksanakan dan berterusan bagi mengukur pencapaian Program AKRAB dan Program Pementoran yang berkualiti dan berjaya.

akrab