MENU

Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diadakan pada 24hb. April 2018 (Selasa) di Perpustakaan Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dan dirasmikan oleh Tuan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini dianjurkan ialah Sempena Hari Buku Sedunia. Ini merupakan acara tahunan dan berjalan serentak di 14 buah negeri dengan menyasarkan penyertaan dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat. Ianya juga bertujuan menyemai budaya membaca di kalangan masyarakat serta diinspirasikan daripada Kempen Earth Hour supaya orang ramai memadamkan lampu selama sejam untuk menyelamatkan bumi dari masalah ketirisan lapisan ozon.

Aktiviti yang turut diadakan ialah uji minda (teka jumlah muka surat pada buku). Turut memberi kerjasama ialah Puan Norzanalila bt Mohd Fadzil Ahli Majlis Zon 15 (Aisyah The Book Worm). Aktiviti Jom Baca Bersama 10 Minit ini turut diadakan serentak di setiap jabatan bermula pada pukul 11 pagi.

Pihak yang terlibat sama ialah pegawai-pegawai, ahli majlis, kakitangan, kanak-kanak taska, guru, orang awam dan urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, semoga program ini dapat memberi pengetahuan walaupun membaca selama 10 minit dapat memberi impak dan minat membaca yang berterusan.

jom baca