MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan program “ MALAYSIA #QuranHour  dan Majlis Khatam Al-Quran dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (Kajang)  yang diadakan pada 21 Jun 2017 (Jumaat) bertempat di Surau MPKj. Program ini dilaksanakan secara serentak seluruh Malaysia. Ia juga sebagai sokongan daripada Perpustakaan Awam Negeri  Selangor bersama-sama Kerajaan Negeri Selangor meluangkan masa satu jam, satu juta orang baca Al-Quran serentak seluruh Malaysia secara bersendirian, berdua atau beramai-ramai. Tidak kira di rumah, di sekolah, di pejabat atau di mana sahaja. Selain itu, Membentuk Gelombang ; Nikmatnya Ngaji dan Tadabur Al-Quran selaras dengan tema “ Berbudi dan Penyayang “  dan “ …satu permulaan”

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan ucapan aluan daripada Encik Rajani Bin Rajimin selaku Penolong Pengarah Kanan Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Kajang. Majlis diserikan dengan kehadiran seramai 90 orang peserta Khatam Al-Quran.
 
Program berakhir dengan sumbangan cenderahati berupa senaskah Al-Quran beserta Sijil dan Bunga Telur yang disampaikan oleh Ahli Majlis MPKj Puan Hajah Zainun Bt Haji Samah. Pihak Biro Agama Kelab Bauhinia MPKj mengucapkan terima kasih dengan sumbangan bunga telur daripada Puan Hajah Zainun Bt Haji Samah.

Adalah diharapkan program ini dapat dihayati dengan pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya sehari satu jam sebagai langkah amalan Ibadah kepada Allah S.W.T. Ianya juga menggalakkan penjawat awam khususnya di Majlis Perbandaran Kajang meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam mengaji dan  bertadabur.

quranhour