MENU

Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Tourism Selangor telah menganjurkan Program LA21 – Program River Care 2016 pada 30hb April 2016 bertempat di Hutan Lipur Sungai Congkak. Program ini bertujuan memupuk semangat cintai alam semula jadi dan kepentingan tanggungjawab bersama memelihara alam sekitar.

Pada jam 9.30 pagi, Tuan Timbalan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kajang,Tuan Haji Zamani Ahmad Bin Haji Mansor telah merasmikan Program River Care 2016. Selepas acara perasmian kesemua peserta program melontar ’Mud Ball’ ke dalam sungai sebagai upacara simbolik perasmian. Seramai 150 peserta menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah:

1.    Senamrobik
2.    Penanaman Pokok
3.    Gotong royong
4.    Pertandingan Mewarna
5.    Mud Ball oleh Syarikat Pembinaan Sri Gunung
6.    Pemeriksaan kesihatan percuma oleh Kajang Plaza Medical Centre

Antara agensi yang turut serta dalam program River Care 2016 ini adalah Ahli Majlis Mukim Dusun Tua, Syarikat Pembinaan Sri Gunung, Universiti Tenaga Nasional, Kajang Plaza Medical Centre dan Universiti Tunku Abdul Rahman.

pic