MENU

Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Hari Sumber Manusia, Kualiti, Integriti Dan ICT pada 3 hingga 7 September, 2018 bertempat di lobi Menara Majlis Perbandaran Kajang yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Mohd. Sayuthi Bin Bakar S.M.S., Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang.

AKRAB MPKj telah mengambil bahagian di dalam program ini di mana kaunter AKRAB telah dibuka. Terdapat 2 aktiviti utama yang diadakan iaitu kaunter terapi stress dan kaunter forensik cap jari. Kedua-dua kaunter ini mendapat sambutan yang hebat di kalangan kakitangan.

Di kaunter terapi stress, beberapa aktiviti kraft telah diadakan iaitu membuat bekas beg plastik/stoking, tabung, penanda buku, beg tote dan pemegang kunci. Aktiviti ini telah dapat mencungkil kreativiti kakitangan dan menguji tahap kesabaran mereka. Melalui aktiviti ini juga, mereka dididik untuk menggunakan bahan kitar semula. Hasil pembuatan kraf mereka dipamerkan sepanjang program ini berjalan.

Kaunter  forensik cap jari pula memberi peluang kepada kakitangan mengenali diri sendiri di mana cap jari mereka diambil dan dianalisa. Hasil analisa tersebut, diterangkan kepada testimoni akan potensi masing-masing. Ada testimoni yang tidak menyedari akan kelebihan dan kekurangan diri.

Adalah diharapkan agar melalui aktiviti yang telah dijalankan, para peserta dapat memanafaatkan potensi yang sedia ada dan memperbaiki kekurangan diri agar lebih cemerlang di masa akan datang.

akrab