MENU

Jabatan Pelesenan dan Penjaja Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Bengkel Pemutihan Aktiviti Perniagaan Tanpa Kebenaran (APTK) Fasa 4 bagi Tahun 2023 pada 13 Disember 2023 (Rabu) di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Fareez Bin Mohd Ariss@ Mohd Hatta (Timbalan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang) diiringi Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja, Encik Mohammad Izuddin Bin Ramli serta Pengarah-Pengarah Jabatan dalaman Majlis Perbandaran Kajang.

Bengkel ini melibatkan 35 peserta terdiri dari wakil-wakil Jabatan dalaman Majlis Perbandaran Kajang serta 2 agensi luar iaitu Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat dan Ibu Pejabat Polis Kajang.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membuat penambahbaikan dari segi proses kelulusan lesen APTK, perlanjutan tempoh kelulusan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu semasa yang berkaitan lesen APTK.

Semoga dengan usaha dan inisiatif pihak Majlis ini dapat membantu memudahkan urusan lebih ramai Pengusaha Permit APTK ini bagi mendapatkan lesen yang sah di sisi undang-undang.

aptk