MENU

resin art

TARIKH: 7 OKTOBER 2023
MASA: 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN CEMPAKA MPKj

Meneruskan usaha untuk meningkatkan keupayaan dan 'upskill' golongan komuniti dan wanita di kawasan pentadbiran MPKj, jabatan ini telah menjayakan satu lagi bengkel kemahiran yang diyakini mampu memberi impak terhadap kemahiran kendiri dan mempunyai peluang ekonomi kepada komuniti. Resin Art merupakan salah satu seni dan kraf yang mempunyai peminat dan permintaan yang semakin meningkat saban hari. 

Seramai 30 peserta berdaftar mendapat manfaat daripada program tersebut yang diketuai oleh penceramah yang juga seorang penggerak kraf resin di Malaysia. Para peserta diajar teknik pembuatan barang seperti 'keychain, penanda buku, pelapik cawan dan lain2. Selain itu, kepelbagaian teknik turut dikongsi bersama peserta bagi membolehkan mereka berkreativiti berdasarkan keupayaan masing-masing. Penceramah juga berkongsi tips-tips dan peluang yang ada bagi kraf tersebut seperti sasaran pemasaran, pembekal dan juga peranan media sosial sebagai portfolio dan kedai alam maya bagi peserta. 

Harapan Jabatan ini khususnya agar bimbingan yang diberikan dapat memberi nilai tambah kepada semua peserta yang hadir dan mencapai hasrat untuk membina komuniti yang proaktif dan bernilai selaras dengan konsep From  Zero To Hero.