MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Bengkel Semakan Dan Kebolehlaksanaan Draf Pelan Tindakan Perbandaran Pintar Majlis Perbandaran Kajang 2030 pada 3hb ogos 2023. Bengkel ini bertujuan membuat semakan dan penambahbaikan ke atas draf pelan tindakan perbandaran pintar mpkj 2030 sebelum dimuktamadkan dan dipamerkan menjadi dokumen panduan ke arah pembangunan bandar pintar, meningkatkan pekhidmatan penyampaian lebih cekap, selamat serta menggalakkan pertumbahan ekonomi.

Pembangunan Bandar Pintar di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seiring dengan amanat Y.B. Menteri Tuan Nga Kor Ming, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bahawa PBT merupakan agensi barisan hadapan yang paling kerap berurusan dengan rakyat. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah perlu mempunyai aras kecekapan dan prestasi bagi memastikan persekitaran tempatan yang kondusif untuk menyokong penjanaan ekonomi kepada negara.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pengarah Jabatan dalaman MPKj dan Ahli Majlis, MPKj dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan HajiNajmuddin bin Jemain, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang. Sesi taklimat Draf Pelan Tindakan Perbandaran Pintar MPKj 2030 juga telah diadakan, kemudian disusuli dengan sesi perbincangan kumpulan. Senarai cadangan projek di dalam Draf Pelan Tindakan Perbandaran Pintar Majlis Perbandaran Kajang 2030 akan dimuktamadkan semasa bengkel ini dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan September 2023.

bandar pintar 2023