MENU

Unit Integriti, dengan kerjasama Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Taklimat Bersama Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertajuk “Siapa Diri Saya?” pada 23hb. April, 2018 bertempat di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj. Taklimat ini telah dihadiri seramai 111 orang kakitangan MPKj yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kumpulan sokongan. Pihak MPKj telah berbesar hati menjemput Tuan Effezul Azran Bin Maulop, Penolong Penguasa Kanan (PKPs), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai penceramah.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi informasi, pemahaman dan pengetahuan kepada warga kerja MPKj supaya mengenali dengan lebih mendalam tentang amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas selaku penjawat awam serta kesan yang akan diterima sekiranya tidak beramanah dan tiada nilai-nilai integriti semasa menjalankan tugas.

Antara aktiviti yang diadakan adalah penerangan melalui ‘slide show’ dan soal jawab bersama kakitangan.  

Adalah menjadi harapan agar ceramah ini dapat membuka hati dan minda warga kerja supaya sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

sprm