MENU

Pada 15hb. November 2019, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Ceramah Sempena Maulidur Rasul : Rasulullah s.a.w. Ikutan Ummah Sepanjang Zaman di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Farhan bin Muhammad Fitri Chin dari Masjid Jamek Bandar Kajang. Seramai 125 orang kakitangan daripada pelbagai peringkat dan jabatan telah menghadiri ceramah ini.

Tujuan ceramah ini diadakan adalah sempena meraikan Maulidur Rasul iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Penceramah menerangkan tentang legasi yang telah ditinggalkan oleh nabi antaranya ialah membuat piagam yang mencakupi hak orang islam dan bukan islam, meninggikan martabat kaum wanita, mengadili tanpa memilih pangkat, penghapusan sistem perhambaan dan lain - lain.

Semoga dengan adanya ceramah ini dapat memberi keinsafan dan seterusnya meneruskan legasi yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

maulidur