MENU

Tarikh​: 19 APRIL, 2023
Masa​​: 2.30 PETANG
Tempat​: Lobi Menara MPKj

Kumpulan kecil Pembantu Tadbir Kanan MPKj atau lebih mesra dengan panggilan FOODBANK BAKTI CC MPKj telah berbesar hari memberi sumbangan kuih dan duit raya kepada pekerja pembersihan MPKj.

Pihak Foodbank Bakti CC berharap, sedikit sumbangan yang diberikan dapat menyerikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Seramai 21 pekerja telah menerima sumbangan ini termasuk pekerja India. Tuan Yang Dipertua telah berbesar hari untuk menyampaikan sumbangan ini.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta turut serta dalam program ini bersama Pengerusi Foodbank Bakti CC, Puan Suria Shamsudin serta AJK yang lain sama-sama meraikan pekerja-pekerja ini.

Program ini turut dihadiri oleh Puan Zalinda bt Zainudin, PSU MPKj.

food bank 2