MENU

Hari Sukan Negara Daerah Hulu Langat dan Program Bandar Baru Bangi Pagi Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Perbandaran Kajang 2023 telah dilaksanakan pada 15hb. Oktober 2023 (Ahad) di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Program ini merupakan acara tahunan yang dilancarkan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan dan perlepasan asap karbon monoksida yang boleh menyebabkan pencemaran udara disamping meningkatkan kesedaran mencintai alam sekitar dikalangan masyarakat. Program ini pertama kali dianjurkan pada tahun 2017 iaitu pada 22hb Oktober 2017 dan kemudiannya diteruskan pada 11hb November 2018 dan 8hb Disember 2019. Program ini telah disertai kira-kira 1000 orang yang menyertai aktiviti Hari Sukan Negara, larian sejauh 3.5km dan berbasikal sejauh 20km dan telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Syahredzan bin Johan. Selain itu, turut berlangsung Program Half Marathon MPKj Tahun 2023 bagi larian sejauh 21km, 10km dan 5km melibatkan pelepasan seawal pukul 6 pagi. Antara aktiviti lain yang diadakan seperti senamrobik, pertandingan urban picnic, pameran oleh pelbagai agensi, pertandingan mewarna, inflatable playground, sand art, giant bubble, badut, gerai jualan dan banyak lagi. Turut hadir Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, Yang Dipertua MPKj dan disertai oleh Y.B. Tuan Mohd Shafie bin Ngah (ADN Sungai Ramal) dan Y.B. Tuan Nushi bin Mahfodz (ADN Semenyih); Timbalan Yang Dipertua, Ahli Majlis, pegawai dan kakitangan MPKj serta wakil-wakil agensi awam Daerah Hulu Langat dan pihak swasta. Disamping itu, sebanyak 147kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kotak, kertas dan plastik telah berjaya dikutip semasa pendaftaran diadakan seawal jam 6.30 pagi.

tanpa kenderaan 2023