MENU

Tarikh: 8 Mei 2023 (Isnin)
Tempat: Perkarangan MPKj
Penganjuran: Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Bauhinia MPKj

Sambutan Hari Wanita Sedunia disambut untuk menghargai dan mengiktiraf kejayaan dan sumbangan yang diberikan oleh golongan wanita tanpa prejudis terhadap latar belakang, agama, bangsa ekonomi sekalipun politik.

Di Majlis Perbandaran Kajang, melalui kerjasama antara Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Bauhinia MPKj, sambutan Hari Wanita peringkat MPKj 2023 telah disambut pada 8 Mei 2023 yang lalu.

Inisiatif ini mengetengahkan konsep jualan sambil beramal yang melibatkan gerai-gerai jualan yang terdiri daripada kaum wanita di Majlis Perbandaran Kajang. Lima gerai jualan dipertandingkan bagi mencari gerai terbaik seterusnya melayakkan mereka menerima anugerah Puspawangi 2.0.

Penghargaan juga turut dirakamkan kepada suri Tuan Yang Dipertua MPKj, Puan Suliza binti Ahmad dan suri Tuan Timbalan Yang Dipertua MPKj, Puan Rosnaliza binti Mohamad Ghazali kerana dapat hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Pelbagai aktiviti lain turut dipertandingkan antaranya perlawanan kukur kelapa terpantas, menganyam ketupat terbanyak, Karung Tun Nila Utama dan Teka Ketupat. Selain itu, dengan kerjasama daripada Laticia Psychology Centre, turut dibawakan NGO MeCare bagi memberi pendedahan dan bimbingan psikologi dan kesihatan mental kepada warga MPKj.

Di akhir program tersebut, Majlis Perbandaran Kajang dapat menyampaikan sumbangan sebanyak RM 3000.00 kepada NGO Women Voice Association Malaysia hasil daripada jualan kupon kepada staf dan orang awam. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Yang Dipertua, MPKj Tuan Haji Najmuddin bin Jemain kepada Presiden dan Pengasas, Women Voice Association Malaysia, Datin Dr. Azrina Ahmad. Diharapkan sumbangan yang sekecil cuma itu dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada golongan-golongan yang dinaungi.

#KasihWanita
#MencariPuspawangi2.0
#KeArahBandarayaMBKJ
#JabatanPembangunanMasyarakatXBauhinia

hari wanita 2023