MENU

ANJURAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN)

DENGAN KERJASAMA : PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS), KOMPLEKS PKSN DAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

TARIKH : 5 - 6 OGOS 2023 (SABTU & AHAD)

TEMPAT : KOMPLEKS PKNS BANGI

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menerima jemputan menyertai program Jelajah Ehsan Rahmah 2023 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup ( KPDN ). KPDN komited dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup secara berkesan, kosisten dan bersasar melalui Program Payung RAHMAH khususnya Jualan RAHMAH. Di Negeri Selangor, program ini dijenamakan sebagai Jualan Ehsan RAHMAH (JER) dimana KPDN berkolabrasi dengan PKPS untuk menjual barangan asas seperti ayam, ikan, telur, beras, daging dan minyak masak pada harga 30% murah dari pasaran.

MPKj komited membantu menyediakan perkhidmatan bergerak 'Kaunter Bayaran Cukai Taksiran 2023' bagi transaksi pembayaran cukai taksiran kediaman/ premis kedai, pasaraya/premis industri bagi tempoh penggal kedua yang akan tamat tempoh bayaran sehingga 31hb Ogos 2023. Kelewatan menjelaskan cukai taksiran akan dikenakan caj fi notis ( denda lewat bayaran ) dan manakala bagi tunggakan bayaran akan dikenakan tindakan sitaan harta premis.

MPKj turut membuka Kaunter Perkhidmatan Bayaran Pelesenan Perniagaan dan Khidmat Rundingan Permohonan E-Lesen kepada pemilik premis perniagaan dalam kawasan pentadbiran PBT-MPKj.

Kehadiran Pemangku Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup,YBhg.Datuk Armizan bin Mohd Ali diiringi oleh Y.B. Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi dan Y.B. Tuan Haji Mazwan Johar, Mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kawasan Sg.Ramal ke Kaunter Jabatan Pelesenan dan Penjaja, MPKj menyemarakkan suasana mesra bersama para pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor khususnya Majlis Perbandaran Kajang ( MPKj ).

Semoga manfaat Malaysia Madani rakyat diteruskan bagi menggerakkan ekonomi negara yang lebih maju dan mampan.

jelajah