MENU

Karnival Setahun Masjid Taman Sutera,Kajang telah diadakan pada 29,30 September dan 1 Oktober 2023 bertempat di  Masjid Taman Sutera. 

Program ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 10.30malam.

Karnival Setahun Masjid Taman Sutera merupakan anjuran Masjid Taman Sutera bertujuan mewujudkan kebersamaan dan membina keharmonian serta kerjasama strategik daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Pelbagai aktiviti menarik dan perkhidmatan disediakan antaranya  kaunter bergerak dari Bahagian Hasil MPKj.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga membuka Kaunter aduan bagi memberi peluang kepada penduduk setempat bagi menyalurkan aduan.

#MPKj Bandar Berdaya Huni Menjana Ekonomi Negara
#Bandar Pilihan untuk didiami

karnival setahun