MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Kursus Induksi Khusus Majlis Perbandaran Kajang bil2/2020 pada 5 hingga 6 Oktober 2020 bagi kakitangan lantikan baharu pengambilan lantikan tetap dan kontrak bermula Februari 2020 hingga Oktober 2020.  Kursus diadakan di Bilik Mesyarat Cempaka Putih 1, Tingkat 7, Majlis Perbandaran Kajang dan dihadiri seramai 40 orang kakitangan daripada pelbagai kumpulan dan jabatan. Kursus ini disampaikan oleh pegawai dalaman MPKj mengikut jawatan dalam jawatankuasa dan tugas mengikut kesesuaian topik penerangan.

 

Kursus induksi ini merupakan kursus pengenalan kepada kakitangan yang baharu dilantik. Di dalam kursus ini, peserta diterangkan tentang latar belakang Majlis Perbandaran Kajang, tugas dan fungsi jabatan di dalam MPKj, carta organisasi serta kelab yang bernaung dibawah Majlis Perbandaran Kajang. Para peserta juga diterangkan berkenaan Peraturan-Peraturan Penjawat Awam, Pengenalan ISO Jabatan, serta pengenalan kepada 5S di MPKj.

 

Diharap dengan adanya kursus ini para peserta dapat lebih mengenali MPKj dan menanam rasa kecintaan kepada organisasi seterusnya merealisasikan matlamat organisasi. Semoga para peserta dapat meningkatkan lagi prestasi dan produktiviti di dalam kehidupan dan pekerjaan.