MENU

 

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Kursus Induksi Khusus Siri 1/2020 Majlis Perbandaran Kajang pada 9 hingga 10 Mac 2021 bagi kakitangan lantikan baharu pengambilan lantikan tetap dan kontrak bermula Oktober 2020 hingga Mac 2021. Kursus diadakan di Teater Mini Cempaka Telur Tingkat 6, Majlis Perbandaran Kajang dan dihadiri seramai 41 orang kakitangan daripada pelbagai kumpulan dan jabatan. Kursus ini disampaikan oleh wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) secara dalam talian serta pegawai dalaman MPKj secara bersemuka mengikut jawatan dalam jawatankuasa dan tugas mengikut kesesuaian topik penerangan.

Kursus induksi ini merupakan kursus pengenalan kepada kakitangan yang baharu dilantik. Di dalam kursus ini, peserta diterangkan tentang latar belakang Majlis Perbandaran Kajang, tugas dan fungsi jabatan di dalam MPKj, carta organisasi serta kelab yang bernaung dibawah Majlis Perbandaran Kajang. Para peserta juga diterangkan berkenaan Peraturan-Peraturan Penjawat Awam, Pengenalan ISO Jabatan, serta pengenalan kepada 5S di MPKj.

 Diharap dengan adanya kursus ini para peserta dapat lebih mengenali MPKj dan menanam rasa kecintaan kepada organisasi seterusnya merealisasikan matlamat organisasi. Semoga para peserta dapat meningkatkan lagi prestasi dan produktiviti di dalam kehidupan dan pekerjaan.