MENU

6 Disember 2023 - Seramai 50 anggota dan Pegawai Penguatkuasa telah terlibat menyertai Kursus Latihan Menembak Siri 2/2023 Jabatan Penguatkuasaan MPKj. Yang Dipertua MPKj, Tuan Nazli bin Md. Taib telah menyempurkan majlis perasmian kursus latihan tersebut bersama-sama Timbalan Yang Dipertua, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan pengarah-pengarah jabatan MPKj.

Kursus yang diadakan di Lapang Sasar Briged Tengah PGA Cheras ini berlangsung selama setengah hari dan taklimat keselamatan penggunaan senjata api telah disampaikan oleh Tuan Rasyedeen, Pegawai Persenjataan (Operasi) dari Briged Tengah PGA Cheras.

Selain daripada latihan peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Juara Ketegori Falling Plate berkumpulan telah dimenangi oleh Kumpulan 1 yang terdiri daripada Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Tuan Zahari Shukri Bin Zainal, Tuan Rajani Bin Rajimin, Tuan Azirin Azali Bin Ramli dan Tuan Muhammad Faris Bin Mohd Khair.

Objektif kursus latihan menembak ini adalah bagi mendedahkan anggota dan pegawai berkenaan undang-undang senjata api dan tatacara mengendalikan senjata api selain memupuk jati diri dan menguji tahap kecekapan mengendalikan senjata.

menembak 2023