MENU

Unit Pusat Setempat (OSC), MPKj dengan kerjasama Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Kajang (KOMPEK) telah mengadakan Kursus Mengenai Prosedur Menara Telekomunikasi Dan Struktur Pemancar Telekomunikasi Di Negeri Selangor pada 13 April 2023 bertempat di Teater Mini Cempaka, Tingkat 6, Majlis Perbandaran Kajang. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang iaitu Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain, S.M.S. dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Timbalan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang.

Kursus diadakan bertujuan memberi pendedahan dan berkongsi pengalaman kepada kumpulan sasaran iaitu pemain-pemain industri, para perunding, agensi teknikal luaran dan dalaman MPKj berkenaan Garis Panduan Perancangan Menara & Struktur Sistem Pemancar Komunikasi di Negeri Selangor dan Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) serta kaedah untuk Mempercepatkan Proses Kelulusan Permit Menara dan Struktur Pemancar Telekomunikasi di Majlis Perbandaran Kajang. Ini juga selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri bagi pembangunan dan pelaksanaan jaringan infrastruktur 5G di Negeri Selangor.

Untuk mencapai hasrat tersebut, dua (2) orang penceramah telah dijemput khas iaitu:

1. Encik Ahmad Fahman Bin Ismail Hadi Tang, Ketua Pegawai Eksekutif Yakin Telesel Sdn. Bhd. yang telah berkongsikan tentang pelaksanaan dasar di peringkat Negeri Selangor menjurus kepada Garis Panduan Perancangan Menara & Struktur Sistem Pemancar Komunikasi Di Negeri Selangor Dan Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS); dan

2. Ar. Dr. Hajah Bibi Khairani Binti Mohd Sabri, B.P.C, P.P.T Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, MPKj yang telah menjelaskan berkenaan prosedur permohonan di Majlis Perbandaran Kajang dengan topik pembentangan Mempercepatkan Proses Kelulusan Permit Menara Dan Struktur Pemancar Telekomunikasi Di Majlis Perbandaran Kajang.

Kursus ini dtelah dihadiri oleh seramai 85 orang peserta. 52 perserta dikalangan pemain industri dan perunding manakala 32 peserta selebihnya terdiri daripada Agensi Teknikal Luaran dan Agensi Teknikal Dalaman MPKj.

telekomunikasi

telekomunikasi 2