MENU

Pada 22/3/2023, En. Sheik Azman daripada Jabatan Taman & Rekreasi, Majlis Bandaraya Seremban telah membuat kunjungan ke Gelanggang Futsal Taman Jasmin Kajang. Turut serta Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Jasmin Tn Haji Roslan bersama barisan AJK.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat tatacara pembinaan gelanggang futsal yang dibina oleh MPKj. Disamping itu, kedua-dua pihak juga telah memberikan pandangan, idea serta hala tuju yang hendak dilaksanakan.

Di dalam masa yang sama, pihak MPKj juga telah memberikan panduan serta nasihat agar tatacara pembinaan gelanggang futsal dapat dijalan dengan baik dan sempurna. Pihak MPKj juga sangat mengalu-alukan pelbagai pihak untuk memberikan pandangan yang membina bagi menambahbaik keperluan yang telah disediakan.

lawatan landskap