MENU

Tarikh: 7 April 2023, Jumaat
Masa: 5:30petang
Tempat: Kediaman Rasmi YDP MPKj

Pihak Bauhinia MPKj telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Tuan YDP MPKj bersama anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia serta anak-anak yatim dan anak-anak ibu bapa tunggal dari kalangan kakitangan MPKj.

Seramai kira-kira 100 orang penerima sumbangan telah hadir ke majlis ini dan sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, Yang Dipertua MPKj bersama isteri Puan Suliza binti Ahmad.

Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj bersama-sama Ir. Hajah Fadilah binti Razalli, Pengerusi Bauhinia MPKj dan Puan Zalinda binti Zainudin, Penasihat Biro Sosial dan Kebajikan Bauhinia MPKj.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah-pengarah jabatan, Ahli-ahli Jawatankuasa Bauhinia serta kakitangan-kakitangan MPKj.

buka puasa bauhinia

buka puasa bauhinia 1