MENU

Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 1444H telah diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh: 14 April 2023 ( JUMAAT )
Masa: 2.30 petang
Tempat: Surau MPKj (Tingkat 3 )

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin Dan Tahlil bagi memperingati kakitangan yang telah meninggal dunia disamping mendoakan keluarga terdekat kakitangan dipimpin oleh En Mohd Abdul Hafiz Bin Hashim (JPK).

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi KSK, Pengerusi Bauhinia, Pengarah-pengarah MPKj dan Peserta-Peserta Tadarus. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan aluan dan pembukaan Majlis Khatam oleh Ketua Biro Agama Bauhinia Puan Nor Rohaya binti Mohamed.

Secara ringkasnya Program Tadarus 1444H telah bermula pada 23 Mac 2023 sehingga 13 April 2023 sepanjang Bulan ramadhan. Program ini dirancang bagi mengimarahkan bulan Ramadan disamping meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

Program yang dijalankan pada kali ini menerima penyertaan yang amat menggalakkan dengan seramai 130 orang peserta. Daripada jumlah ini 35 orang adalah peserta lelaki dan 95 orang pula adalah peserta perempuan. Program yang melibatkan penyertaan kesemua jabatan dalaman MPKj telah menghimpunkan semua peserta dalam 24 kumpulan yang telah ditentukan.

Setiap kumpulan pula diberikan juzuk masing-masing dan perlu dihabiskan bacaannya termasuk tadabbur sebelum majlis khatam berlangsung.Program ini telah mendapat sumbangan peruntukan daripada Kelab Sukan & Kebajikan (KSK) dan merupakan acara wajib setiap kali tiba bulan Ramadan.

Majlis seterusnya diserahkan kepada En Ahmad Farhan Bin Lope Ahmad Ariffin (HASIL) bagi pimpinan untuk mengetuai Majlis Khatam Al-Quran 1444H. Majlis selanjutnya diteruskan upacara pemberian cenderahati yang disempurnakan oleh Tn. Haji Muhammad Ruzaini Bin Ramli, Presiden KSK kepada semua peserta, pengagihan pulut kuning dan sesi bergambar.

khatam quran 2