MENU

SHAH ALAM - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran serta hakim Peringkat Negeri Selangor 1445H/2024M bertempat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1 Mac 2024 pukul 9.00 malam.

D.Y.T.M Raja Muda Selangor diiringi Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor, Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, S.S Mufti Selangor, S.S Pengarah JAIS, serta Orang-Orang Besar Daerah.

Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta telah hadir mewakili Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersama para tetamu kehormat.

MPKj mengucapkan tahniah kepada para pemenang terutama Johan Keseluruhan Hafazan Al-Quran, Megat Mohammed Atiffallah bin Megat Mohammed Hafiq dan Johan Keseluruhan Tilawah Al-Quran, Hajah Nur Ruzana Natiah binti Jaafar.

tilawah 2024