MENU

Tarikh : 30hb Ogos 2023 (Rabu)
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Pentas Utama, Lobi Menara MPKj

Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) Malaysia 2023 Edisi Ke 12 akan diadakan bermula 3 September 2023 sehingga 10 September 2023 bertempat di UiTM Perlis.

Penyertaan Kontinjen dari Majlis Perbandaran Kajang bakal menyertai 6 Acara Sukan iaitu:

  1. Bola Sepak (9 Sebelah)
  2. Bola Jaring
  3. Badminton (Berpasukan Campuran)
  4. Ping Pong (Berpasukan Campuran)
  5. Dart (Berpasukan Campuran)
  6. Tenpin Boling (Lelaki & Wanita)

Seramai 90 orang kakitangan MPKj yang terlibat sebagai Seketeriat Kontinjen, Pengurusan Pasukan dan Para Atlit bakal bertandang ke Perlis dan bertanding.

Majlis Penyerahan Bendera MPKj, Barangan dan Sumbangan kepada semua pengurus pasukan serta atlit ini telah di sempurnakan oleh Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang selaku Ketua Kontinjen MPKj - SUKANUN Malaysia 2023.

Majlis Penyerahan Bendera turut di ikuti dengan Penyerahan Bendera MPKj kepada Timbalan Ketua Kontinjen, Tuan Mohd Fareez Bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta untuk dibawa dan dikibarkan semasa Majlis Perasmian dan Perbarisan Kontinjen pada 6 September 2023 di Kompleks Sukan UiTM Perlis.

Semoga Maju Jaya diucapkan kepada kesemua atlit - atlit yang terlibat!

Majulah Sukan Untuk MPKj!

Disediakan Oleh,

Seketeriat Induk Kontinjen
Majlis Perbandaran Kajang
SUKANUN Malaysia 2023

sukanun

sukanun 2