MENU

Pada 10 Julai 2023, Unit Pusat Setempat (OSC), MPKj telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Teknikal OSC, MPKj Tahun 2023 yang telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohd Fareez Bin Mohd Ariss@Mohd Hatta, Timbalan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan berkenaan isu-isu dalam pelaksanaan OSC 3.0 Plus dan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat untuk penambahbaikan di MPKj. Dapatan daripada perbincangan tersebut telah berhasil mencadangkan penambahbaikan kepada 7 isu/perkara berkaitan dengan pelaksanaan OSC 3.0 Plus di MPKj. Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil SPBT, UPEN; 12 ATL dan 10 ATD.

osc julai 2023