MENU

Pihak Majlis Perbandaran Kajang telah menerima anugerah Silver Winner bagi projek Taman Rekreasi Sungai Chua, Kajang, Selangor di bawah kategori Placemaking and Public Space Awards (Government Initiative – Municipal Council Category), MIP Planning Excellence Awards (MIPPEA) yang dianjurkan oleh Pertubuhan Perancang Bandar Malaysia (MIP).

Anugerah ini telah diterima pada 16hb Januari 2023 (Isnin) di Majestic Hotel Kuala Lumpur dan turut diserikan dengan keberangkatan tiba oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah. Anugerah ini telah disampaikan oleh YBrs. TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia dan YDP MPKj, Tuan Haji Najmuddin bin Jemain. Turut hadir bersama Pemangku TYDP MPKj, Tuan Haji Muhammad Ruzaini bin Ramli dan pengarah serta kakitangan dari Jabatan Perancangan Pembangunan dan Jabatan Landskap dan Rekreasi, MPKj.

Laporan dan slide pembentangan bagi projek Taman Rekreasi Sungai Chua, Kajang, Selangor ini boleh dilihat melalui pautan shorturl.at/zEFVZ dan shorturl.at/rIVXY

MIP Planning