MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah menyertai pameran bagi Selangor International Business Summit (SIBS) 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convension Centre (KLCC) pada 19hb hingga 22hb Oktober 2023. Pameran ini turut disertai oleh semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor dengan kunjungan kira-kira 5,000 orang sehari. Tahun 2023 ini merupakan tahun yang ketujuh pameran ini diadakan semenjak tahu. Pameran ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari (Dato’ Menteri Besar Selangor). Pada tahun ini, pihak MPKj telah menyertai tiga pameran iaitu Selangor R&D and Innovation Expo (SRIE), Selangor
Smart City & Digital Economy Convention (SDEC) dan Selangor Industrial Park Expo (SPARK). Tujuan pameran ini diadakan adalah bagi mempromosikan pembangunan dan produk-produk yang ditawarkan di Negeri Selangor yang merangkumi produk pelancongan makanan (Selangor International Expo F&B), perkhidmatan kesihatan (Selangor International Expo Medic), pelaburan dan perniagaan (Selangor ASEAN Business Conference SABC), inovasi dan penyelidikan (Selangor R&D and Innovation Expo SRIE), bandar pintar dan ekonomi digital (Selangor Smart City & Digital Economy Convention SDEC) dan pembangunan industri selangor (Selangor Industrial Park Expo SPARK).

sibs 2023