Satu Program Gotong-Royong UTAR Caring Community Bersama MPKj telah diadakan pada 9hb April 2016 (Sabtu) jam 7.30 pagi di Kawasan Perniagaan Bandar Sg. Long. Gotong-royong ini merupakan salah satu acara utama UTAR Caring Community 2016 yang juga meliputi aktiviti-aktiviti seperti berikut :
• 4 – 8 April 2016 - Pameran “Sungai Long-Bandar Mahkota Cheras Liveable City”
• 6 April 2016 - Forum “Kesedaran Kesihatan Yang Hygienic”
Tujuan program ini diadakan ialah untuk :
• Mewujudkan sikap ambil peduli berkaitan persekitaran di kalangan pelajar.
• Membina perhubungan yang baik antara agensi dan pelajar sukarelawan di dalam program kemasyarakatan.
• Melaksanakan corak kehidupan yang aktif melalui peserta yang terlibat.
• Meningkatkan kesedaran dan persefahaman tanggungjawap sosial di kalangan pihak yang berkepentingan.
MPKj telah bekerjasama dengan menyediakan logistik dan bantuan penguatkuasaan bagi menurunkan bunting-bunting haram. Penyampaian penghargaan dan acara penutup telah disampaikan dan dirasmikan oleh Pengerusi Majlis UTAR, YABhg. Tun Dr. Ling Liong Sik.