MENU

15 April 2023 - Yang Dipertua MPKj, Tuan Haji Najmudin Jemain memulakan proses memasukkan bahan dodol bersama-sama 300 sukarelawan di Program Kacau Dodol Vaganza Semenyih 5.0 bertempat di Pasaraya CLC Semenyih Sentral anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Pejabat Parlimen Hulu Langat, Pejabat Adun Semenyih kerjasama beberapa agensi lain.

Program ini dianjurkan bertujuan meneruskan tradisi disamping memberi pendedahan kepada penduduk yang perbagai kaum serta golongan generasi muda untuk merasai suasana mengacau dodol sebenar dan proses pembuatannya.

Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Borhan Bin Aman Shah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan pada sebelah malam dan berjaya memasak sebanyak 20 kawah dodol.

kacau dodol 1

kacau dodol 2