MENU

Program LA21 iaitu Program Latihan dan Ujian Memanah Majlis Perbandaran Kajang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 14hb. Ogos, 2016 (Ahad) bertempat di Padang Taman Impian Ehsan, Cheras. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Pejabat Ahli Majlis Zon 11 bersama Jawatankuasa Penduduk Taman Impian Ehsan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperluaskan acara sukan memanah di kalangan komuniti walaupun acara memanah ini lebih kepada memanah tradisional. Selain daripada itu adalah untuk mewujudkan kelab memanah di kalangan penduduk agar kegiatan riadah dapat diperluaskan.

Acara ini turut dipertandingkan dalam 2 kategori iaitu kategori jemputan Masjid dan Surau dengan 60 orang penyertaan manakala kategori terbuka dengan seramai 40 orang peserta.

Secara keseluruhannya, diharapkan aktiviti ini dapat menambah pelbagai riadah terutama kepada generasi belia dan kanak-kanak dengan mencuba bakat kemahiran memanah serta kelab-kelab baru dapat diwujudkan bagi membantu memperluaskan aktiviti memanah ini.

memanah