MENU

Tarikh: 14 Disember 2023 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Mini Teater, Tingkat 6, Menara MPKj

Program Majlis Konvokesyen Taska MPKj ini diadakan adalah untuk menghargai semua kanak-kanak daripada umur 1 tahun sehingga 4 tahun dan terutamanya adalah kepada kanak-kanak berumur 4 tahun yang akan tamat sesi pra-sekolah di Taska MPKj.

Tujuan program ini diadakan bagi memupuk keyakinan dalam diri dan mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan kanak-kanak, guru dan ibu bapa serta dapat membentuk kanak-kanak agar sentiasa bersikap positif. Seterusnya memberi peluang kepada kanak-kanak dalam menunjukkan bakat masing-masing serta memberi kebebasan kepada guru untuk mencorakkan idea melalui aktiviti-aktiviti persembahan yang dijalankan.

Program ini telah dirasmikan oleh Puan Rosaliza Binti Ghazali, Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKj. Program ini telah dihadiri oleh Pegawa-pegawai MPKj, Kanak-Kanak Taska, Guru Taska, Ibu Bapa, dan Urusetia Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKj.

konvo 2023