MENU

Program Menjahit Beg Menggunakan Jeans (Denim) Terpakai telah diadakan pada 23 Mac 2024 bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Komuniti Kampung Baru Balakong, Cheras.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj dibawah program Local Agenda 21 bersama MPP kawasan DUN Balakong (MPP Zon 4, Zon 5, Zon 6 dan MPP Zon 8. Seramai 35 orang peserta terlibat dalam program ini.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik dan kemahiran asas menjahit beg menggunakan jeans terpakai di mana kemahiran ini diharap dapat meningkatkan tahap sosial ekonomi penduduk setempat dan menjana kewangan terutamanya bagi golongan ibu tunggal, B40, suri rumah dan lain-lain.

Program ini adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan SDG 9- industri, inovasi dan infrastruktur, SDG 10- Mengurangkan ketidaksamaan, SDG 11- Bandar dan Komuniti Mampan dan SDG 17- Kerjasama Demi Matlamat.
 

jeans terpakai