MENU
15 Januari 2022- Program Penanaman Pokok Majlis Perbandaran Kajang bersama Malaysian Timber Council telah dilaksanakan bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.
Pemangku Timbalan Yang Dipertua MPKj, En. Kamaruzaman bin Salimin merasmikan program tersebut bersama-sama wakil daripada Malaysian Timber Council, En. Muhtar Suhaili (Ketua Pegawai Eksekutif), Encik Roger Chin (Ketua Pegawai Operasi) dan wakil daripada Yayasan Hijau Malaysia, Dr. Rafidah binti Abd. Rashid serta agensi lain yang terlibat.
Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh negara di bawah RMKe-12 telah dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-77 pada 8 September 2020.
Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup. Selain itu, dapat memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia.
Semoga program penanaman pokok seperti ini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang demi meningkatkan ekosistem dan biodiversiti negara.