MENU

Kuala Lumpur, 08 September 2023 – Berlangsungnya program pendidikan (C-Smart) yang telah dihadiri oleh wakil JMB/MC yang
mana program ini telah dijalankan pada 08 hingga 10 September 2023 di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur. Objektif program ini adalah memberi pendidikan , kefahaman yang komprehensif serta menerangkan fungsi dan tanggungjawab JMB/MC. Pihak jabatan akan sentiasa berusaha dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menyampaikan ilmu agar pihak pengurusan bangunan dapat dijalankan dengan sebaiknya. Selain itu, peserta yang hadir dapat mengetahui fungsi, peranan dan tanggungjawab sebagai jawatankuasa yang dilantik bagi pihak penduduk.