MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan satu Program Penyerahan Tong Kitar Semula Bagi DUN Kajang MPKj Tahun 2023 pada 13 Disember 2023 (Rabu) di SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang dan telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Cheong Kian Young, Ahli Dewan Undangan Negeri Bagi DUN Kajang diiringi Ahli Majlis MPP Zon iaitu Puan Lim Kim Eng, Encik Kwan Say Hoy, Encik Ong Seng Peng, pengetua sekolah, wakil PIBG dan wakil Jabatan Perancangan Pembangunan, MPKj.

Program ini turut dihadiri seramai 120 orang pelajar, wakil Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam (UKK) dan wakil Jabatan Perancangan Pembangunan (JPP) selaku urusetia bersama dalam program ini.

Semoga dengan usaha dan inisiatif pihak Majlis ini dapat memupuk kesedaran awam di dalam penjagaan alam sekitar melalui amalan kitar semula di kalangan pihak sekolah dan pelajar.

tong sampah