MENU

26 Ogos 2023 - Penduduk setempat menyambut program Sate & Kopi Secocok Bersama yang diadakan di Dataran MPKj@Stadium Kajang. Program ini menawarkan pelbagai persembahan dan aktiviti untuk dinikmati oleh semua.

Acara tersebut merangkumi sukan rakyat yang melibatkan warga setempat dari segala peringkat umur. Selain itu, jualan Sate dan Kopi menjadi daya tarikan utama, dengan warung kopi dan gerai sate yang berdiri di sepanjang track Dataran MPKj@Stadium Kajang.

Food Truck dan pbarang-barang terpakai (trifted) turut hadir di acara tersebut, menawarkan variasi hidangan dan pilihan pakaian unik bagi para pengunjung. Aktiviti perkampungan, busking, silat, dan tarian singa memberikan hiburan yang menggembirakan.

Persembahan band tempatan menggegarkan pentas dan menghiburkan penonton dengan lagu-lagu popular. Selain itu, fun night ride dan vespa night ride turut diadakan, membolehkan mereka yang berminat menikmati perjalanan malam yang menyeronokkan dengan basikal atau vespa.

Program Sate & Kopi Secocok Bersama juga menyajikan wayang pacak untuk menghiburkan penonton yang hadir. Cerita Bukit Kepong dan Leftenan Adnan disajikan bagi mengenang sejarah untuk kemerdekaan Malaysia.

Acara ini mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat, dengan sate percuma yang disediakan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang hadir. Program tersebut berlangsung dengan penuh semangat, mencipta suasana keceriaan dan kebersamaan di antara komuniti setempat.

Program Sate & Kopi Secocok Bersama membuktikan kepentingan kegiatan sosial yang mempererat hubungan di dalam masyarakat. Acara ini memberikan peluang kepada penduduk setempat untuk bersatu dan menikmati kebudayaan, makanan, dan hiburan yang unik, meningkatkan semangat kebersamaan dalam komuniti tersebut.

kopi satay

kopi satay 2