MENU

inovasi selangor 2023

Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Tahun 2023 yang mempertandingkan 7 kategori dari pelbagai peringkat.

Anugerah Inovasi Negeri Selangor dibahagikan kepada tujuh (7) kategori dan satu (1) anugerah khas seperti berikut:

i.Kategori Sektor Awam - Pihak   Berkuasa Tempatan (PBT)
ii.Kategori Sektor Awam - Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)
iii.Kategori Sektor Awam - Agensi Selain PBT & PDT
iv.Kategori Sektor Swasta
v.Kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
vi. Kategori Sekolah
vii.Kategori Akar Umbi
viii.Anugerah Khas Produk Akhir Terbaik

untuk maklumat lanjut berkenaan  garis panduan, format laporan, borang dan senarai semak berkaitan pertandingan boleh merujuk pautan dibawah:

https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1262

Penyertaan lengkap perlu dihantar ke Unit Perancangan Korporat Dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang selewat–lewatnya pada 23 Mei 2023 (Selasa). Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh berhubung dengan Encik Mohamad Yusuf bin Jaapar atau Puan Siti Nuraini binti Endri di talian 03-87377899 sambungan (7163/7162).