Dalam masa yang sama bagi pengisian program beberapa acara telah diadakan bagi memeriahkan program. Acara kanak-kanak adalah pertandingan mewarna. 2 kategori telah diadakan dengan 6 hadiah dan pertandingan dam gergasi di mana 4 kumpulan telah menyertainya. Bagi golongan remaja persatuan komuniti telah mengadakan explorace di mana anak-anak remaja dikehendaki mencari dan mengenalpasti perkara atau barang atau bahan yang berkaitan dengan komuniti.
Ceramah berkaitan pendidikan di bidang culinary telah disampaikan oleh Tn Haji Harun bin Nordin, CEO Kagumas. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau di dalam mengadakan silibus culinary bagi anak-anak OKU dan dislexsia. Pameran dari JPSPPA telah mempamerkan maklumat berkaitan nyamuk aedes dan risalah.
Bagi memeriahkan lagi program, acara cabutan bertuah telah diadakan. Sebelum program berakhir, hadiah pertandingan telah disampaikan oleh wakil JPM, Persatuan Komuniti dan UKM. Sebagai tanda komitmen dan penghargaan, pihak Entogenex telah menyerahkan 100 unit homekit kepada 100 peserta yang terlibat di dalam kaji selidik tersebut.