Kajang Municipal Council (MPKj) Official Portal

Program Publisiti Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan MPKj Selangor 2035 (Pengubahan 2)

Majlis Perbandaran Kajang akan mengadakan Program Publisiti Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan MPKj Selangor 2035 (Pengubahan 2) pada 24 Jun 2025 hingga 23 Julai 2025 di Lobi Menara MPKj.


Anda sebagai penduduk tempatan / pihak awam yang berkepentingan kini diberi peluang untuk melibatkan diri dalam proses perancangan pembangunan kawasan anda di masa hadapan, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta 172.


Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, ulasan atau bantahan terhadap mana-mana kandungan dalam Laporan Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang Selangor 2035 (Pengubahan 2) ini, anda dialu-alukan untuk menyampaikan melalui Borang Bantahan Awam yang disediakan di Kaunter Khas Lobi Menara MPKj dalam tempoh 4 minggu dari tarikh mula program publisiti dan penyertaan awam.


Hadirkan diri dan gunakan hak anda untuk memeriksa kandungan Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang Selangor 2035 (Pengubahan 2) sepanjang pameran dijalankan.


#BandarayaBerdayaHuniMenjanaEkonomiNegara

 

~Sila Klik Untuk Capaian Borang Bantahan Awam~

 

4 LANDSCAPE LED Landscape Rancangan Tempatan 2025 JPP

  

 

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang